Tee-Off Business Class Style

Friday, June 18, 2010

AKTIVITI GVCC




'GVCC Corporate Team' akan berada di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 21 Jun 2010 (Isnin) bersempena Majlis Perjumpaan Ahli DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur) yang ke-30. Pada hari terebut GVCC akan mengadakan aktiviti promosi produk 'Golf Village Corporate Card'.
KEJOHANAN GOLF AMAL ANAK-ANAK JOHOL 2010 (PIALA DATO' JOHAN PAHLAWAN)


Pada 29 Mei 2010 (Sabtu) GVCC  telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Golf Amal Anak-anak Johol yang bertempat di Tiara Melaka Golf & Country Club, Air Keroh Melaka. Kejohanan ini bertujuan bukan sahaja untuk merapatkan hubungan diantara pemain golf Anak-anak Johol malah ia memberi peluang kepada pemain-pemain dari luar agar dapat bersama-sama dengan Yang Teramat Mulia Dato' Undang Johol, YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato' Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani dalam menjayakan kejohanan ini.