Tee-Off Business Class Style

Friday, June 18, 2010

KEJOHANAN GOLF AMAL ANAK-ANAK JOHOL 2010 (PIALA DATO' JOHAN PAHLAWAN)


Pada 29 Mei 2010 (Sabtu) GVCC  telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Golf Amal Anak-anak Johol yang bertempat di Tiara Melaka Golf & Country Club, Air Keroh Melaka. Kejohanan ini bertujuan bukan sahaja untuk merapatkan hubungan diantara pemain golf Anak-anak Johol malah ia memberi peluang kepada pemain-pemain dari luar agar dapat bersama-sama dengan Yang Teramat Mulia Dato' Undang Johol, YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato' Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani dalam menjayakan kejohanan ini.

              Booth GVCC         
                                    
Sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan, individu-individu yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim. Seramai 92 peserta telah menyertai kejohanan ini dan termasuklah 2 peserta wakil dari GVCC. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Encik Safuan Nonan dengan Score:72 untuk kategori 'Net Champion'. 

Di samping itu, GVCC juga telah memberi sumbangan dalam bentuk cabutan bertuah iaitu 'Golf Village Corporate Card Novelty Prize' bernilai RM 2,500 yang dimenangi oleh Dato' Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar. Pihak penganjur juga menyediakan booth kepada GVCC untuk tujuan promosi 'Corporate Card'. Kejohanan ini berakhir dengan jayanya. Hal ini disebabkan oleh sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat.  
 

Pemenang cabutan bertuah 'Golf Village Corporate Card Novelty Prize'
Dato' Dr. Mohd Shukor
    
Net Champion - Encik Safuan Nonan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tiara Melaka di atas penginapan yang disediakan di Tiara Green Condominium. Penginapan 4 bilik dengan kadar harga dari RM 250 - RM 300 satu malam.

No comments:

Post a Comment